Lapan - Pendek ke panjang?

Pendek atau panjang? Haa apa punya soalan tuh. Tak lengkapkan. Cop, mesti ada yang bunyi macam lain kan? Haha confirm ada! Okay this time aku nak bercerita pasal short and long distance actually. Bahasa bandar, cinta jarak jauh atau jarak dekat gitteww.



Pernah terfikir bila jauh nanti macam mana kan? Tuh untuk orang yang berdekatan lah. Kalau yang berjauhan dia lain sikit. Eh mesti best kan sebab kita dah dekat? Betul tak? Actually both ada pros and contras dia. Tapi yang penting sebenarnya adalah satu je, iaitu kesetiaan kita terhadap pasangan kita.






Yang dekat, jarang selalunya minta untuk berjauhan. Yela, dah dekat senang. Senang dalam konteks ini ialah semua terjadi boleh nampak depan mata. Kalau buat apa apa yang tak sepatutnya, senang sikit kot nak kantoi depan mata. Bila dah dekat, jangan pulak buat benda yang bukan bukan. Yela, manusia. Senang digoda dan diperguna oleh orang ketiga. Bila dah depan mata jugak, kita kenalah hargai sebaiknya. Kepada adam, jika perempuan itu kamu hendak jadikan isteri. Peliharalah mereka dari sekarang. Jaga mereka tanpa membuat sesuatu yang melanggari agama. Kepada hawa, jika itu lelaki yang kamu ingin bersuamikan, peliharalah maruah kamu sebaik mungkin untuknya.







Yang berjauhan ni pulak, agak rumit sebenarnya. Sebab mereka sangat memerlukan kepercayaan, kesetiaan, kesabaran yang sangat tinggi sebenarnya. Bila dah berjauhan, lagi banyak dugaan yang datang. Serious. Bila dah jauh, kekadang tuh agak terlepas pandang kepada si pasangan kita sampai sampai orang lain melayan pasangan kita tuh lebih baik dari diri kita sendiri ini. Yang si perempuan, biasalah mahukan lebih perhatian. Dan percayalah, kebanyakan perempuan mengambil serious terhadap perhubungan seperti ini. Mereka hanya berharapkan terhadap pasangan mereka sahaja. That's why, kesetiaan sangatlah berperanan disini. Lelaki juga begitu bukan? Sama seperti yang berdekatan, masing masing ada tanggungjawab masing masing untuk pasangan masing masing. Hamik nak, ayat aku dah macam keling.



Lastly, tak kiralah pendek mahupun panjang perhubungan korang, yang penting apa yang dijanjikan itu silalah tunaikan. Tak elok penipu, munafik namanya itu. Semoga perhubungan itu dirahmati dan diberkati Allah. Tak salah untuk berkasih sesama manusia, tapi jangan alpa sehinggakan lalai tahu mana yang baik dan yang mana berdosa. Kepada si yang belum mempunyai sesiapa, jangan kecewa. InshaAllah jodoh itu ada. Hanya lambat atau cepat. Itu sahaja. Teringat pula saya terhadap kata kata Imam Muda Asyraf,

"Menikahi orang yang kita cintai itu adalah kemungkinan. Mencintai orang yang kita nikahi itu adalah satu kewajipan."